
PEJABAT MENTERI
KENYATAAN MEDIA
PEGAWAI KEMENTERIAN DAN AGENSI DIARAH BERI
KERJASAMA KEPADA PIHAK BERKUASA
1. Berikutan fitnah yang tular bertujuan menjejaskan nama baik dan reputasi saya serta Agensi di bawah Kementerian saya, kenyataan media menjelaskan fakta dan laporan polis telah dibuat oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan LGM Properties Corporation(LGMPC). Pada masa yang sama barisan peguam telah mengeluarkan notis tuntutan guaman kepada pihak terbabit.
2. Sehubungan itu, saya mengarahkan LGM dan LGPMC dan pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi agar mengalu-alukan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan sewajarnya.
3. Arahan itu selaras dengan nilai integriti dan ketelusan yang selalu saya tekankan kepada semua pegawai di Kementerian dan Agensi di bawahnya.
YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
2 Jun 2021
