
KENYATAAN MEDIA
NILAI EKSPORT BIJI DAN PRODUK KOKO MALAYSIA CATAT
PENINGKATAN SEHINGGA RM2.6 BILION
1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini melakukan lawatan kerja ke Chocolate Museum@Kota Damansara milik DR Group Holdings.
2. Di samping itu, perbincangan susulan untuk merealisasikan Muzium Coklat Langkawi oleh syarikat yang sama sebagai sebagai salah satu tarikan pelancongan berasaskan coklat yang tersohor di Asia Tenggara turut diadakan. Ia selari dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan hab coklat di pulau pelancongan itu seterusnya menjadikan Malaysia sebagai King of Chocolate di rantau Asia. Lawatan itu juga berjaya meningkatkan kerjasama antara pihak kedua-dua pihak bagi merancakkan lagi pembangunan sektor koko.
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
29 Julai 2020
