KENYATAAN MEDIA

SUMBANGAN KEPADA TABUNG BANTUAN COVID-19 KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK)

1. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah menerima sumbangan sebanyak RM467,000.00 daripada Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) pada 20 Mei 2020 yang lalu bagi Tabung Bantuan COVID-19 KPPK.


2. YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menerima cek sumbangan tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Haron, Pengerusi PORAM dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kementerian di Putrajaya.


3. Sumbangan ini adalah demi menyatakan komitmen dan keprihatinan ahli-ahli PORAM dalam usaha membantu masyarakat yang terjejas sumber pendapatan dan menghadapi masalah ekonomi kesan daripada Pandemik COVID-19.


5. Turut hadir sama Encik Teo Beng Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif PORAM, Encik V. Chandra Naidu, Pengurus Besar PGEO Marketing Sdn. Bhd dan Encik Khoo Heng Suan, Timbalan Pengarah Eksekutif Lam Soon Bhd dan Encik Mad Zaidi Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) KPPK.

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
PUTRAJAYA
22 MEI 2020