BERITA LADA 2022

KUCHING, 24 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sarawak diharap dapat memperuntukkan lebih banyak kawasannya bagi tujuan penanaman lada, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya Sarawak mempunyai tanah yang luas sememangnya sesuai untuk penanaman komoditi itu sekali gus mampu menampung permintaan bekalan lada yang meningkat ketika ini.


https://www.bernama.com/v2/bm/am/news.php?id=2114410
Sumber: Bernama

SUMBER: SINAR HARIAN, MS 31
28 JULAI 2022



KUCHING: Syarikat pengeluar produk berasaskan lada hitam dari Sarawak, Joeyees Trading Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaharunya Black Pepper White Coffee sempena Expo Gulf Food Dubai 2020.

Pengasas syarikat dan produk Nang Ori, Awaeang Kwasin berkata, produk terbaharu syarikatnya itu dijangka akan turut dijual semasa Expo Gulf Food Dubai 2021.


KUCHING, 29 Okt : Eksport agrikomoditi lada Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 46 peratus, bersamaan RM125 juta berbanding RM85.5 juta pada 2021.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin berkata, prestasi itu dicatatkan sehingga Ogos lepas.