PENGENALANKATEGORI LESENPROSEDUR
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) berperanan mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666). KPKtelah dipertanggungjawabkan untuk memproses tiga (3) kategori permohonan lesen biodiesel untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Kerja Pelesenan Biobahan Api  (JKPBA). JKPBA  diwujudkan bagi menilai dan memperakukan permohonan-permohonan lesen sebelum diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP) iaitu Ketua Setiausaha KPK

BBA LESENSeksyen 5, Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) menetapkan aktiviti-aktviti yang perlu dilesenkan adalah seperti berikut :

KATEGORI

AKTIVITI

Pengeluaran

a)Memulakan untuk membina apa-apa liji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api

b)Mengeluarkan apa-apa biobahan api

c)Mengadun apa-apa biobahan api dengan apa-apa bahan api atau biobahan api lain

Perniagaan

a)Mengeksport apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain

b)Mengangkut apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan

c)Menyimpan apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain yang berkaitan dengan aktiviti huluan

Perkhidmatan

a)Mengukur apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain

b)Menguji apa-apa biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain

 

 Proses semasa yang terlibat dalam permohonan lesen biobahan api adalah seperti berikut:

1. Penerimaan borang permohonan daripada pemohon yang berminat untuk menjalankan aktiviti biobahan api;
2. Semakan borang permohonan dan dokumen sokongan oleh urus setia;
3. Mengemukakan surat akuan penerimaan permohonan lesen kepada pemohon yang telah mengemukakan dokumen dan borang yang lengkap;
4. Penyediaan laporan perakuan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pelesenan Biobahan Api (JKPBA);
5. Mengurusetia Mesyuarat JKPBA bagi mempertimbangkan permohonan;
6. Menyediakan laporan kelulusan berserta syor daripada JKPBA untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP);
7. Mengemukakan notis kelulusan permohonan atau keputusan kepada pemohon;
8. Menyedia dan membuat edaran lesen kepada pemegang lesen (pemohon) yang berjaya;
9. Merekod maklumat pemegang lesen di dalam pangkalan data pelesenan (permohonan lesen); dan
10. Memantau serta melaksanakan naziran penguatkuasaan terhadap pemegang lesen dari semasa ke semasa secara berjadual.

Borang Permohonan Lesen boleh dimuat turun di

BORANG PEMBAHARUAN LESEN
BORANG PERMOHONAN LESEN (PENGELUARAN)
BORANG PERMOHONAN LESEN (PERKHIDMATAN)
BORANG PERMOHONAN LESEN (PERNIAGAAN)

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan boleh diposkan atau diemel ke:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA)

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
No. 15, Aras 8, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62654, W.P Putrajaya
Emel : lesenbba[@]kpk.gov.my