Majlis Taklimat MSPO Penanam Sawit Selangor
Kuala Selangor, Selangor
"Pelaksanaan Skim Pensijilan MSPO adalah langkah strategik bagi meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan imej industri sawit negara. Ini adalah selari dengan keutamaan negara-negara pengimport dan para pengguna dunia yang semakin memberi tumpuan kepada produk pertanian yang dihasilkan melalui pengeluaran mampan dan selamat untuk pemakanan. Pengeluaran sawit yang mampan adalah turut selari dengan kesemua 17 matlamat Sustainable Development Goals (SDGs) berdasarkan prinsip 5P iaitu People, Planet, Prosperity, Partnership & Peace seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)."
Ucapan YB Teresa Kok di Majlis Taklimat MSPO Penanam Sawit Selangor di Kuala Selangor.
#myMPI
#myCommodity
#lovemypalmoil
#sayangisawitku
#mspo
Perasmian Kilang Memproses Minyak Sawit Sin Huat Hin Palm Oil Mill
Kuala Selangor, Selangor
YB Teresa Kok hari ini merasmikan Kilang Memproses Minyak Sawit Sin Huat Hin Palm Oil Mill bertempat di Kuala Selangor. Kilang ini merupakan kilang pengeluaran minyak sawit daripada buah tandan sawit yang pertama bagi SHH Group. YB Teresa Kok turut berkesempatan melawat kilang tersebut untuk melihat dengan lebih jelas lagi aliran proses kilang.
@teresakok
@shamsuliskandar
#myMPI
#myCommodity
#lovemypalmoil
#sayangisawitku