KUALA LUMPUR, 19 Okt -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran minyak kacang soya Chicago, kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata kejatuhan itu juga disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah kenaikan harga baru-baru ini berbanding pengeluaran yang lebih tinggi.
"Kami mengesan sokongan pada RM2,700 dan rintangan pada RM2,850," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi November 2020 susut RM98 kepada RM2,888 satu tan, Disember 2020 merosot RM94 kepada RM2,825 satu tan, Januari 2021 berkurangan RM98 kepada RM2,776 satu tan dan Februari 2021 turun RM93 kepada RM2,738 satu tan.
Jumlah keseluruhan meningkat kepada 66,952 lot daripada 59,097 lot yang direkodkan semasa Jumaat, manakala kepentingan terbuka meluas kepada 261,116 kontrak daripada 254,626 kontrak.
Sementara itu, harga fizikal MSM merosot sebanyak RM90 pada RM2,930 satu tan bagi November Selatan.
https://www.bernama.com/bm/pasaran/news.php?id=1891634
Sumber: Bernama
