Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Kelewatan masuk pekerja asing untuk jamin kemasukan lebih terkawal

03 Ogs 2022 6 paparan



KUALA LUMPUR: Kelewatan kemasukan pekerja asing, khususnya bagi sektor perladangan adalah bagi memastikan urusan pengendaliannya yang menggunakan sistem baharu iaitu Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), lebih terkawal dan lancar.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, menjangkakan pengendalian bagi kemasukan pekerja asing ini akan lebih lancar pada bulan ini.

"Berlaku kelewatan masuk pekerja asing ini kerana sistem yang baharu diperkenalkan iaitu FWCMS. Jadi, dengan sistem yang baharu ini, ia lebih terkawal, tersusun dan teratur.

Kalau sistem ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, pekerja yang sudah berada dalam sistem ini tidak boleh melompat kerja, tidak boleh bertukar kerja, sebab mereka akan ada 'tracking' (pengesanan)," katanya menjawab soalan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Salim bertanyakan mengenai penyelesaian jangka pendek dan panjang kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan serta kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor perladangan, khususnya sawit.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, antara usaha berterusan dilaksanakan kementeriannya adalah untuk memastikan sektor perladangan menerima pekerja serta dapat mengurus ladang dan menuai hasil yang lebih mampan.

"Dalam Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022, kita diperkenalkan dengan satu sistem yang boleh menuai buah sawit dan boleh potong daun yang mati. Jadi, ini boleh dilaksana dengan cepat.

"Kementerian akan duduk sekali lagi dengan syarikat yang mencipta sistem ini minggu depan untuk menentukan keputusan muktamad, tetapi ia bukanlah sepenuhnya automasi. Dengan adanya teknologi seumpama ini, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya juga sudah membuat satu pasukan khusus untuk membantu syarikat perladangan mendapatkan pekerja asing.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Pegawai kementerian akan urus bermula dari permohonan mereka sampailah kepada kemasukan pekerja dari luar negara.

"Walaupun tahun lalu kita ada COVID-19, pengeluaran untuk sawit kita hanya turun tidak menepati sasaran, lima peratus sahaja. Tetapi 'value' pendapatan kita sudah meningkat 42 peratus," katanya sambil menggalakkan syarikat perladangan untuk cuba mengambil pekerja dari India dan Pakistan, sebagai langkah bagi mengurangkan kebergantungan pekerja dari Indonesia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/983472/kelewatan-masuk-pekerja-asing-untuk-jamin-kemasukan-lebih-terkawal
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.