PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pengukuran Pelanggan Kementerian Perladangan dan Komoditi (selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Piagam Pelanggan KPK pada 6 Januari 2026).

 

PENYEDIAAN MAKLUM BALAS
Menyediakan maklum balas berkaitan dasar pembangunan dan kemajuan industri termasuk modal insan dan inovasi sektor Agrikomoditi negara kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

STATISTIK AGRIKOMODITI

Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi sebanyak empat (4) kali setahun mengikut suku tahun.

 

PENGURUSAN PEROLEHAN

Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh surat setuju terima dikeluarkan; dan
Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan dua (2) bulan dari tarikh surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.

 

PEMBAYARAN BIL

Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh tujuh (7) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan sempurna.

 

PENGURUSAN PELANGGAN

Memastikan pengurusan pelanggan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) diberi:
Akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan
Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari bekerja.

 

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Memastikan ketersediaan capaian laman web rasmi KPK pada 99.5%; dan
Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.

 

LESEN BIOBAHAN API 
Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)
 

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13, 
Persiaran Perdana, 
Presint 2, 
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Emel : ukk [@] kpk.gov.my
No. Telefon: 03-88803371

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 5:08 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.