Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT :Johari cadang permudah pekebun kecil sawit pinjam bank dalam Belanjawan 2025

01 Jan 2025 9 paparan

KUALA LUMPUR : Kementerian Perladangan dan Komoditi akan mengemukakan cadangan supaya proses pinjaman daripada pihak bank kepada pekebun kecil kelapa sawit dipermudah dalam Belanjawan 2025.

Menterinya, Johari Ghani, berkata kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah memperuntuk RM100 juta secara hibrid dalam bentuk 50% geran dan 50% pinjaman untuk melaksanakan Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) 2.0.

Katanya, kementerian melihat terdapat kesukaran bagi pekebun kecil kelapa sawit untuk membuat permohonan pinjaman daripada pihak bank bagi tujuan tanaman semula pokok, berikutan terdapat banyak syarat dikenakan pihak bank.

“Walaupun pinjaman 50% dan 50% lagi geran, kita lihat agak sukar untuk sebahagian pekebun kecil membuat pinjaman kerana mereka tidak boleh memenuhi banyak kriteria.

Kementerian sedang melihat dan kemungkinan besar akan mencadangkan dalam belanjawan akan datang bagaimana untuk memudahkan pinjaman 50% itu supaya dapat memberi kemudahan kepada pekebun kecil yang mempunyai pokok berumur lebih 25 tahun, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Lim Pay Hen berhubung insentif tanam semula kelapa sawit dan sambutan terhadap program TSPKS 2.0.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/07/25/johari-cadang-permudah-pekebun-kecil-sawit-pinjam-bank-dalam-belanjawan-2025/

Sumber : Free Malaysia Today

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.