Agrikomoditi Sawit

Industri sawit Malaysia.

Pengenalan

Kelapa sawit (Elaeis guineensis)

 

Kelapa sawit (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang berasal dari Afrika Barat. Empat anak benih telah diperkenalkan di Taman Botani Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1848. Melalui Sumatera, anak benih ini telah sampai ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, Malaysia pada tahun 1911/12.

 

Pada peringkat awal, kelapa sawit hanya ditanam sebagai pokok hiasan di tepi jalan. Menyedari potensi ekonominya yang besar, seorang usahawan dari Perancis, Henri Fauconnier, telah mengasaskan ladang sawit komersial pertama negara di Ladang Tennamaram, Batang Berjuntai, Selangor pada tahun 1917. Ladang ini merupakan asas kepada industri sawit Malaysia.

 

Sepanjang tahun 1917 hingga kini, industri sawit telah berkembang daripada perladangan kepada pemprosesan, pengeluaran produk dan eksport yang telah menyumbang kepada ekonomi negara. 

 

Agensi/Majlis/Yayasan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


 

MPOB

MPOB merupakan agensi kerajaan yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri sawit negara. Peranan utama agensi ini adalah untuk menggalakkan dan melaksanakan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri sawit Malaysia.

 

MPOB diperbadankan melalui Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000 dengan menggabungkan peranan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA). Setiap organisasi tersebut telah terlibat dalam industri sawit selama lebih daripada 20 tahun, dan penubuhan MPOB adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan serta memberikan tumpuan yang lebih mendalam kepada industri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

 

 

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)

 

MPOC

 

Pada tahun 1990, Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC) telah ditubuhkan dan kemudian dijenamakan kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada tahun 2006 dengan bidang tanggungjawab yang lebih meluas bagi menyokong pembangunan industri sawit negara.

 

MPOC mengutamakan promosi minyak sawit Malaysia sebagai pilihan yang sihat, mampan dan beretika kepada pengguna di seluruh dunia melalui penglibatan aktif bersama pihak berkepentingan, di samping mempertingkatkan akses pasaran serta penerimaan pensijilan MSPO.

 

MPOC mempunyai rangkaian pejabat serantau di China (Shanghai), India (Mumbai dan Chennai), Timur Tengah (Istanbul) serta Afrika (Kaherah, Nairobi dan Lagos). Menerusi ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan rangkaian pejabat serantau, MPOC memainkan peranan penting dalam memudahkan peluasan perdagangan industri minyak sawit Malaysia dengan mengenal pasti trend pasaran dan peluang terkini.

 

 

Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

MPOCC

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membangun dan melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO). Agensi ini didaftarkan sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya terhad dengan jaminan yang ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah serta mula beroperasi pada Oktober 2015. Pada 2024 Agensi ini dijenamakan semula daripada MPOCC kepada kepada Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). 

 

 

 

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) 

 

 

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi menyokong inisiatif pemuliharaan berkaitan industri minyak sawit serta membuktikan komitmen industri tersebut terhadap pemuliharaan alam sekitar.

 

Idea penubuhan MPOGCF dicetuskan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada tahun 2019 bagi menangani kebimbangan berhubung impak industri minyak sawit terhadap alam sekitar dan menzahirkan komitmen industri terhadap usaha pemuliharaan.

Pelesenan

Pelesenan/Pensijilan

Laporan

Bantuan, Dana & Insentif

 

  • Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0): Maklumat Skim
  • Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP): MARCOP
  • Skim Diskaun CANTAS   
  • Skim Pengklusteran Kebun (SPK) untuk KPSM
  • Skim Pembiayaan Mudah (SPM) untuk KPSM
  • Insentif Pensijilan MSPO untuk Peniaga Buah Kelapa Sawit (DF) 
  • Program Pelaksanaan Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) untuk Pekebun Kecil Persendirian: https://mspo.mpob.gov.my/

 

Kerjasama Antarabangsa

Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC)

CPOPC

Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama untuk mengukuhkan pasaran sawit dunia melalui penubuhan Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC).

 

Pada 21 November 2015, Piagam Penubuhan CPOPC telah ditandatangani oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Malaysia dan Menteri Koordinator Hal-Ehwal Maritim dan Sumber Daya Indonesia ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 di Kuala Lumpur.

 

CPOPC menumpukan perhatian terhadap kerjasama dan pembangunan ekonomi negara-negara pengeluar sawit. Majlis ini bertujuan untuk mempromosikan, mengembangkan dan memperkukuh kerjasama di dalam industri sawit di setiap negara ahli. Hal ini bagi memastikan faedah jangka panjang dapat dicapai hasil daripada usaha tersebut terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negara ahli.

Standard & Pensijilan

Permohonan

Permohonan Pensijilan MSPO   Muat Turun  

 

Akta

  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582)    Muat Turun 
  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998
  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005
  • Memorandum and Article of Association of Malaysian Palm Oil Council
  • Memorandum and Article of Association of Malaysian Palm Oil Certification Council
  • Akta Kastam 1967
  • Akta Kastam 1967, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012


 

Latihan

Latihan

IMPAC - Institute Of Malaysian Plantation and Commodities

 

Latihan Industri (MPOB)

https://mpob.gov.my/internship/

 

Rujukan

e-Library https://palmoilis.mpob.gov.my/

Hubungi Kami

Kementerian Perladangan dan Komoditi:

 

Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS)

Kementerian Perladangan dan Komoditi

No. 15, Aras 5
Persiaran Perdana, Presint 2
62654 Putrajaya, MALAYSIA 

 

Lembaga Sawit Malaysia (MPOB)

https://mpob.gov.my/

 

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)

https://www.mpoc.org

 

Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

https://mspo.org.my/

 

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF)

https://www.mpogcf.org/ 

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 5:08 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.