Unit Integriti
Latar Belakang
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SP.1.2.1, Unit Integriti ditubuhkan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
Penubuhan Unit Integriti bertujuan untuk memastikan penjawat awam di KPK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Objektif
- Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
- Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
- Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
- Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.
Fungsi Bahagian
Penubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam KPK. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
- Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
- Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
- Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
- Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
- Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
- Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
Carta Organisasi
Dikemaskini pada 29 April 2026
KPI & Pencapaian
Sedang dikemaskini
OACP KPK
Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)
| RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPK 2021-2026 |
MUAT TURUN |
AKTIVITI
AKTIVITI 2026
Nama Program: Bicara Integriti Siri 1/2026
Tajuk: "Ramadan Membentuk Insan Berintegriti"
Penceramah: SF Ustaz Haji Mohd Mohd Lukmanul Hakim Hj Mokhtar Penolong Pengarah Kanan JAKIM
Tarikh/Masa: 13 Februari 2026 (Jumaat) 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Keruing, Aras 9, KPK . Peserta : 54 orang ( 43 orang warga KPK dan 11 orang warga agensi MTIB)
Nama Program: Bicara Integriti Siri 2/2026
Tajuk: "Bersuaralah Demi Kebenaran: Hak Anda Dilindungi"
Penceramah: Encik Ikhwan Zaudii bin Nordin, Pegawai Siasatan, Unit Integriti, KPK
Tarikh: 16 April 2026 (Khamis) Medium: Secara Dalam Talian (Google Meet) Peserta : 87 orang (warga KPK)
Dikemaskini pada 4 Mei 2026
Polisi / Garis Panduan (SOP)
| # | NAMA | DOWNLOAD | |
| 1. | TATACARA PENGURUSAN ADUAN | Muat Turun | |
| 2. | TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P | Muat Turun | |
| 3. | TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PENGUKUHAN INTEGRITI | Muat Turun | |
| 4. | TATACARA PELAKSANAAN TADBIR URUS | Muat Turun | |
| 5. | TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PEMATUHAN | Muat Turun | |
| 6. | TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI TATATERTIB | Muat Turun |