Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

GETAH: Harga getah dijangka dipengaruhi pergerakan harga minyak mentah

01 Ogs 2022 9 paparan


KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka dipengaruhi oleh pelan hala tuju pengeluaran terbaharu yang mungkin diumumkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) pada mesyuarat mereka minggu depan.

OPEC+ berkemungkinan akan mengekalkan pengeluaran semasa pada mesyuarat 3 Ogos mereka selepas pengurangan pengeluaran berakhir menjelang Ogos ini selepas pelarasan yang bersifat menurun dari Mei 2020.

Pasaran juga mungkin akan cuba menilai semula kesan daripada kelembapan ekonomi global termasuk sekatan COVID-19 oleh China ke atas permintaan getah selain inflasi yang meningkat, menurut seorang peniaga.

Katanya, pasaran juga akan memantau teliti data sektor pembuatan terkini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia Denis Low percaya pasaran domestik mungkin menuju ke arah mod spekulatif pada minggu depan dengan pelabur yang bimbang mula melindungi nilai kedudukan mereka di tengah-tengah ketidaktentuan yang memanas dalam pasaran global dan bekalan.

"Pasaran getah dijangka akan menerima dorongan besar untuk menjadi lebih tinggi disebabkan aktiviti penstokan dan pembelian spekulatif.

"Hujan sporadik di negara-negara pengeluar telah mendorong kepada aktiviti penstokan agar peniaga tidak terperangkap dalam situasi tidak cukup bekalan. Ini sememangnya satu perkara yang membimbangkan apabila cuaca menjadi tidak menentu," katanya.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, pasaran getah kebanyakannya lebih tinggi sebelum mengakhiri minggu dengan nota negatif selepas ekonomi Amerika Syarikat (AS) menguncup tanpa diduga pada suku kedua, mencetuskan kebimbangan kemelesetan baharu.

Pada Khamis lepas, Biro Analisis Ekonomi mengumumkan keluaran dalam negara kasar AS jatuh pada kadar tahunan 0.9 peratus dalam tempoh April-Jun.

Sehari sebelum itu, China mengumumkan langkah COVID-19 yang ketat, menutup metropolis Wuhan selepas mengesan empat kes tanpa gejala.

Pada nota yang lebih positif, Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mengunjurkan pasaran getah asli akan terus bertambah baik tahun ini kerana penggunaan dijangka menokok 5.8 peratus kepada 1.21 juta tan.

Dari Jumaat ke Jumaat, SMR 20 ditutup 1.5 sen lebih rendah pada 681 sen sekilogram berbanding 682.5 sen sekilogram sebelumnya, manakala lateks pukal bertambah 4.0 sen kepada 531 sen sekilogram berbanding penutupan minggu sebelum ini iaitu sebanyak 527 sen sekilogram.

Pada 5 petang Jumaat, harga penutup MRB untuk SMR 20 berada pada 678.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 530.5 sen sekilogram.

– Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2022/07/982542/harga-getah-dijangka-dipengaruhi-pergerakan-harga-minyak-mentah
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.