Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

KOKO: Kerajaan komited atasi kekurangan bahan mentah industri koko

24 Jun 2022 5 paparan


KOTA KINABALU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi komited mencari jalan penyelesaian dalam usaha menangani isu kekurangan bahan mentah industri koko negara ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata penghasilan bahan mentah dalam negara terutama biji koko pada masa ini tidak dapat menampung permintaan diperlukan bagi pasaran produk koko dalam negara, apatah lagi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.

Beliau berkata, satu daripada langkah yang sedang diusahakan kerajaan untuk mengatasi isu itu adalah meningkatkan aktiviti huluan industri koko, terutamanya meningkatkan penanaman dan perladangan koko di negara ini.

"Walaupun (industri) koko kecil di Malaysia tetapi permintaan yang kita terima semasa membuat jelajah (di luar negara) adalah sangat memberangsangkan. Ini kerana kita dapat meyakinkan kepada pasaran luar bahawa koko yang dikeluarkan Malaysia adalah koko berkualiti disamping cara tanaman dan teknologi yang digunakan membolehkan kita menghasilkan pokok koko 'single origin'," katanya.

"Pada masa ini hub pemprosesan (biji koko) kita di Johor terpaksa import biji koko dari luar negara untuk eksport produk koko ke luar negara, kita jadi pusat pengisaran pula sekarang, jika boleh kita mahu kisar (grind) biji koko kita sendiri untuk kita eksport produk koko.

"Permintaan ada untuk produk koko itu, tetapi pada masa ini kita tidak cukup bahan mentah, kita pada masa ini juga masih tidak cukup keluasan tanaman (koko), itu kita cuba tingkatkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia 2022 di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Willie Anak Mongin, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM), Rahimah Majid dan Ketua Setiausaha Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah.

Zuraida turut berkata, pihaknya juga mengintai peluang untuk menjalin kerjasama bersama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak khususnya bagi memperluaskan lagi kawasan penanaman koko.

"Memandangkan tanah di Sabah dan Sarawak masih luas lagi, kita boleh pelopori untuk menanam koko. Ini satu usaha yang baik dan berharap agar kerajaan negeri akan bagi sokongan untuk membuka lebih banyak lagi tanah untuk menanam koko.

"Jadinya, kita mampu meningkatkan lagi pasaran dan pendapatan negara dimana ia bertepatan dengan situasi kita sekarang yang sedang memulihkan ekonomi negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/968879/kerajaan-komited-atasi-kekurangan-bahan-mentah-industri-koko
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.