Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Stok minyak sawit Malaysia naik 2.79 peratus

11 Ogs 2022 5 paparan



KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Julai 2022 meningkat 2.79 peratus kepada 905,946 tan daripada 881,315 tan dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Inventori minyak sawit diproses naik 13.39 peratus bulan ke bulan kepada 866,848 tan daripada 764,516 tan, katanya.

"Secara keseluruhannya, stok minyak sawit meningkat 7.71 peratus kepada 1.77 juta tan daripada 1.65 juta tan sebelum ini," menurut MPOB dalam laporan prestasi industrinya bagi Julai 2022.

Ia berkata, pengeluaran MSM naik sebanyak 1.84 peratus kepada 1.57 juta tan pada Julai berbanding 1.55 juta tan pada Jun.

Katanya, pengeluaran isirung sawit meningkat 1.39 peratus kepada 383,669 tan daripada 378,413 tan pada bulan sebelumnya manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah naik 2.78 peratus kepada 180,612 tan berbanding 175,731 tan pada Jun.

Sementara itu, MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat sebanyak 10.72 peratus bulan ke bulan kepada 1.32 juta tan pada Julai daripada 1.19 juta tan pada Jun manakala eksport minyak isirung sawit merosot sebanyak 18.93 peratus bulan ke bulan kepada 74,689 tan daripada 92,130 tan pada bulan sebelumnya.

"Eksport oleokimia naik 4.47 peratus pada Julai kepada 221,343 tan daripada 211,881 tan pada Jun manakala eksport biodiesel merosot 39.21 peratus bulan ke bulan kepada 14,401 tan daripada 23,689 tan sebelum ini," katanya.

Menurut agensi itu, import MSM Malaysia pada Julai 2022 turun 88.10 peratus kepada 356 tan berbanding 2,989 tan yang diimport pada Jun dan jumlah import minyak sawit meningkat 120.65 peratus kepada 130,615 tan daripada 59,195 tan pada bulan sebelumnya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/986845/stok-minyak-sawit-malaysia-naik-279-peratus
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:43 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.