Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Pengilang sawit henti operasi boleh digantung lessen

01 Jul 2022 5 paparan



KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini telah mengeluarkan surat peringatan kepada pengilang-pengilang sawit susulan tindakan menghentikan operasi berikutan kejatuhan mendadak harga minyak makan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata surat itu memberi peringatan kepada pengilang agar menjalankan aktiviti sektor pengilangan buah kelapa sawit dan pematuhan kepada keperluan perundangan di bawah Akta Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

Katanya, pengilang yang terlibat juga bakal berdepan dengan penggantungan lesen sekiranya terbukti melakukan perbuatan itu.

"Saya ingin memberi peringatan tegas berkaitan tindakan yang telah diambil oleh pengilang berkenaan sehinggakan menjadikan maksud asal lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud.

"Saya memandang serius perkara ini dan meminta supaya aktiviti memproses buah tandan segar (BTS) dan mengilang tidak akan terhenti, sebagaimana yang dinyatakan di dalam lesen yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berkata, tindakan segelintir pengilang yang memberhentikan operasi, sekali gus tidak membeli BTS secara tidak langsung mengganggu stok sedia ada dan memberi kesan negatif kepada pekebun kecil. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/971655/pengilang-sawit-henti-operasi-boleh-digantung-lesen
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:42 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.