Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Peladang sawit Malaysia dapat manfaat dasar baharu Indonesia

27 Jan 2022 0 paparan




Tinjauan terhadap sektor perladangan sawit adalah positif dengan harga yang tinggi - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Januari 2022, melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Februari, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Januari.

"Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu kepada RM5,714 satu tan pada 3 Februari dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Januari berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.

"Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 peratus minggu ke minggu kepada 14,930 rupiah sekilogram pada 3 Februari," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.

Pada 27 Januari lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berkata pengeksport mesti memperuntukkan 20 peratus daripada penghantaran mereka untuk obligasi pasaran domestik (DMO) bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran tempatan pada harga berpatutan.

Menurut bank pelaburan itu, ini menunjukkan peladang Indonesia berkongsi beban subsidi harga minyak masak domestik.

"Kesan keseluruhan dianggap lebih kecil berbanding unjuran Maybank IBG kerana kami menjangkakan harga MSM Indonesia secara teorinya akan melaras turun kepada 14,000 rupiah sekilogram minggu lalu.

"Kami menjangkakan kalangan penapis Indonesia turut mengorbankan sebahagian daripada margin penapisan mereka," tambahnya.

Maybank IB turut menjelas, secara relatifnya lebih ramai peladang bertumpuan Malaysia seperti IOI Corp, Sarawak Oil Palm (SOP), Boustead Plantations (BLANT), Ta Ann, TH Plantation, Hap Seng Plantations dan FGV meraih manfaat daripada dasar berkenaan.

Justeru, ia kekal positif terhadap sektor itu di samping mengekalkan saranan 'beli' ke atas Kuala Lumpur Kepong (KLK), SOP dan BPLANT dengan harga sasaran masing-masing RM30.70, RM5.60 dan RM0.93 seunit.

Maybank IB menambah, bagaimanapun beberapa faktor risiko boleh menjejaskan pandangannya terhadap sektor itu termasuk unjuran pendapatan, sasaran harga dan penarafan saham yang diteliti oleh penganalisis yang bertujuan memberi saranan.

"Risiko positif adalah pemulihan pengeluaran minyak sawit dan minyak sayuran lain yang lebih lemah berbanding jangkaan pada 2022; harga minyak mentah Brent semakin hampir kepada AS$100 setong dan cuaca luar biasa di wilayah pengeluar minyak sawit dan minyak bijian utama.

"Sementara itu, risiko penurunan adalah harga minyak mentah Brent susut mendadak kepada bawah AS$60 setong; dasar negatif yang dikenakan oleh negara pengimport; dasar kerajaan yang tidak mesra di negara pengeluar atau pengeksport; pengeluaran yang lebih kukuh pada 2022; serta permintaan global yang lemah dan harga minyak pesaing yang lebih rendah," menurutnya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/02/919771/peladang-sawit-malaysia-dapat-manfaat-dasar-baharu-indonesia
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:31 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.