Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Pekebun kecil sawit di Pahang paling sedikit daftar ahli KPSM

05 Jul 2022 5 paparan

 
BENTONG – Penyertaan pekebun-pekebun kecil di Pahang sebagai ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) masih rendah iaitu kurang 1.0 peratus.

Sehubungan itu, pekebun kecil sawit digesa mengambil peluang berdaftar keahlian KPSM untuk mendapat faedah yang disediakan oleh kerajaan, menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata,

Tambah beliau, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) komited meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman sawit untuk menjamin pendapatan pekebun kecil dengan melaksanakan u, pelbagai inisiatif termasuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kini giat dijalankan di seluruh negara.

“Insentif merangkumi pembiayaan kos latihan, kos pengauditan, kos peralatan perlindungan diri, papan tanda kebun dan rak penyimpanan bahan kimia,”katanya.
ketika merasmikan program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Bentong hari ini.

Peserta dan penerima inisiatif di program Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Bentong hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) yang menjalankan aktiviti utama jualan berkelompok buah tandan segar (BTS) melalui penubuhan Pusat Timbang.

“Melalui inisiatif ini, kerajaan dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan yang ditanggung pekebun kecil, selain dapatkan harga pasaran BTS yang lebih tinggi serta menggalakkan penjanaan pendapatan dan pengagihan dividen kepada ahli-ahlinya,” jelas Jeck Seng.

Tambahnya, sehingga Mac lalu, sebanyak 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 24 di Semenanjung, 27 di Sabah dan 18 di Sarawak.

“Di negeri Pahang ada lima KPSM, iaitu KPSM Temerloh Barat, KPSM Daerah Bera Berhad, KPSM Daerah Maran Berhad, KPSM Daerah Pekan Berhad dan KPSM Kuala Lipis Berhad yang membabitkan seramai 411 orang pekebun kecil,”kata beliau.

Katanya, kementerian itu melalui MPOB turut menydiakan bantuan seperti Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) untuk membantu pekebun kecil sawit.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/07/04/pekebun-kecil-sawit-di-pahang-paling-sedikit-daftar-ahli-kpsm/
Sumber: Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.