Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: MPOC bimbang WRO ke atas syarikat minyak sawit jejas syarikat lain

14 Feb 2022 2 paparan


Larry Sng (dua dari kanan) bersama wakil CBP AS Eric Choy (paling kiri) dan John Leonard (tiga dari kiri) serta lain-lain menghadiri mesyuarat di Washington bulan lalu.

PETALING JAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenai bagaimana Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) yang dikeluarkan badan itu ke atas dua syarikat kelapa sawit boleh menjejaskan pihak lain dalam rantaian bekalan.

Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Larry Sng berkata, ia antara pelbagai isu dibincangkannya pada mesyuarat di Washington bulan lalu bersama wakil daripada Jabatan Buruh AS, Perhubungan Luar Senat dan Jabatan Negara berhubung dakwaan firma itu menggunakan tenaga buruh paksa.

“Walaupun kita tidak membincangkan secara khusus berhubung syarikat yang terjejas daripada WRO, kita bagaimanapun membincangkan isu rantaian bekalan.

“Kita bimbang bagaimana WRO ini berpotensi memberi kesan terhadap syarikat Malaysia lain yang mungkin tidak dikeluarkan perintah itu tetapi akan menghadapi masalah dengan barangan mereka di pelabuhan AS,” katanya kepada FMT.

Dua syarikat berkaitan minyak sawit dan anak syarikat serta usahasama dikenakan WRO kerana terdapat bukti berlakunya amalan buruh paksa, ialah Sime Darby Plantation dan FGV Holdings Bhd.

Minggu lalu, Pemangku Pengarah Eksekutif Pemulihan Perdagangan dan Penguatkuasaan Undang-Undang CBP Eric Choy dalam sidang media secara maya memberitahu media Malaysia bahawa Sng telah bertemu pegawai agensi untuk membincangkan mengenai isu WRO itu.

Choy berkata pemulihan terhadap penemuan amalan buruh paksa itu bukanlah satu proses semalaman kerana ia melibatkan pelaburan kewangan yang besar oleh firma terjejas yang mana mereka perlu menstruktur semula syarikat dalam proses terbabit.

Sng berkata dialog yang diadakan antara beliau dan CBP adalah untuk meningkatkan kefahaman negara ini mengenai matlamat agensi itu dan menyuarakan komitmen sektor minyak sawit negara dalam menangani isu berhubung buruh paksa.

“Proses dalam menyelesaikan WRO tidak jelas kepada ramai ketua industri kami dan saya gembira bahawa selepas perbincangan kami dengan CBP, kami telah mendapat sedikit kejelasan tentang cara industri harus maju ke depan untuk menangani isu ini.”

Beliau menyifatkan perbincangan di Washington itu sebagai positif selain telah mengadakan satu lagi pertemuan awal bulan ini bersama wakil MPOC untuk berkongsi pandangannya berhubung dialog berkenaan.

“Saya yakin syarikat kita melakukan yang terbaik untuk menyusun laporan mereka kepada CBP.

“Menjelang bulan depan, salah satu syarikat yang terjejas akan menghantar laporannya ke agensi AS,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/02/13/mpoc-bimbang-wro-ke-atas-syarikat-minyak-sawit-jejas-syarikat-lain/
Sumber: FMT

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 9:56 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.