Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Malaysia raih manfaat kenaikan harga komoditi

20 Apr 2022 7 paparan





KUALA LUMPUR: Peningkatan harga dan permintaan komoditi akibat krisis Russia-Ukraine, mula menampakkan impak dengan angka dagangan Malaysia mencatat aliran kenaikan yang kukuh.

Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata eksport Malaysia meningkat 25.4 peratus dalam tempoh setahun pada Mac, jauh mengatasi unjuran 10.4 peratus pasaran serta melebihi pertumbuhan 16.8 peratus yang direkodkan pada Februari lalu.

"Ini termasuk penghantaran keluar produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) yang masing-masing melonjak 96.5 peratus dan 100.5 peratus, ketika Malaysia terus meraih manfaat daripada peningkatan ketara permintaan semikonduktor dengan penghantaran elektronik dan elektrikal (E&E) berada pada 32.8 peratus tahun ke tahun," katanya dalam satu nota.

Beliau berkata, angka import Malaysia turut memberikan kejutan apabila menghampiri paras 30 peratus.

"Perkembangan ini jelas menjadi petanda bahawa Malaysia sedang mencatat pemulihan," katanya.

Sementara itu, MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, eksport perlombongan melonjak ketara susulan peningkatan ketara eksport LNG dan minyak sawit mentah (MSM).

"Berdasarkan sektor, prestasi eksport bagi semua industri utama meningkat dua angka pada bulan dikaji. Eksport produk perlombongan menokok 105.8 peratus tahun ke tahun pada Mac disokong lonjakan ketara eksport LNG dan MSM berikutan harga komoditi yang tinggi.

"Produk petroleum melonjak 96.5 peratus tahun ke tahun pada Mac, manakala produk pengeluaran berasaskan minyak sawit pula meningkat 41.4 peratus," katanya.

Menuju ke hadapan, firma penyelidikan itu berkata, prospek pertumbuhan perdagangan Malaysia kekal berhati-hati susulan sekatan pergerakan dan kelembapan pasaran di China, selain langkah ketenteraan yang diambil Russia terhadap Ukraine.

Ia berkata, unjuran jangka pendek bagi pengeluaran dan perdagangan boleh dikekang oleh gangguan yang berpanjangan dalam rantaian bekalan global dan peningkatan tekanan inflasi.

"Namun begitu, kami berpendapat perkembangan berterusan dalam permintaan global untuk E&E dan komoditi akan menyokong tinjauan eksport secara keseluruhan.

"Selain itu, pembukaan semula ekonomi akan memudahkan aktiviti perdagangan yang semakin meningkat tahun ini.

"Dengan kebimbangan terhadap prospek jangka pendek, kami mengekalkan ramalan pertumbuhan untuk eksport dan import masing-masing pada 7.8 peratus dan 9.6 peratus," katanya

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/04/947328/malaysia-raih-manfaat-kenaikan-harga-komoditi
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:43 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.