Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Malaysia perlu panduan jelas banteras buruh paksa

10 Mei 2022 6 paparan




KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan garis panduan jelas dan komprehensif bagi menangani isu buruh paksa yang menjejaskan reputasi banyak syarikat tempatan, terutama yang terbabit dalam sektor perladangan dan pengeluaran.

Pakar sumber manusia, Arulkumar Singaraveloo, berkata garis panduan itu penting untuk dipatuhi peserta industri bagi mengelak mereka berdepan sekatan dari negara pengimport termasuk pasaran utama seperti Amerika Syarikat (AS).

"Ketika ini, terdapat banyak penerbitan dihasilkan oleh pelbagai pihak berkepentingan, sama ada kerajaan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

"Namun, saya berpandangan peserta industri memerlukan garis panduan mudah, ringkas tetapi komprehensif untuk mereka patuhi," katanya kepada BH.

Media sebelum melaporkan beberapa syarikat mega tempatan termasuk yang terbabit dalam sektor perladangan dan pembuatan sarung tangan berdepan sekatan atas dakwaan penggunaan buruh paksa.

Beberapa syarikat Malaysia, khususnya dalam industri sarung tangan getah dan minyak sawit telah diselidiki berhubung dakwaan buruh paksa sejak dua tahun lalu dan dilarang daripada menjual produk mereka ke AS.

Syarikat itu termasuk YTY Industry Holdings Sdn Bhd, Brightway Group, Smart Glove, anak syarikat Supermax Corporation Bhd (Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd, Maxwell Glove Manufacturing Bh, dan Supermax Glove Manufacturing), Sime Darby Plantation Bhd serta FGV Holdings Bhd.

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd juga tidak terkecuali berdepan sekatan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.

Arul yang juga Pengasas Bersama Forum Sumber Manusia Malaysia dan Pematuhan Sosial Malaysia berkata, terdapat peluang pemetaan yang jelas mengenai 11 petunjuk ILO berkaitan buruh paksa terhadap peraturan pekerjaan di Malaysia yang jika dimuktamad akan menghapuskan kekeliruan dalam kalangan syarikat Malaysia.

"Secara ringkasnya, setiap aspek amalan pekerjaan di Malaysia perlu dipetakan terhadap jangkaan pencegahan ILO bagi amalan buruh paksa yang dipersetujui Malaysia," katanya.

Beliau menjelaskan, isu buruh paksa di Malaysia khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan sarung tangan semakin meluas di mana penyelesaian berhubung isu terbabit masih pada peringkat awal.

Katanya, CBP AS telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) ke atas tujuh syarikat di Malaysia iaitu dua dalam sektor perladangan dan lima lagi pembuatan sarung tangan.

Sehingga kini, dua syarikat berkaitan sarung tangan berjaya memansuhkan WRO, manakala selebihnya masih dalam proses membatalkan perintah berkenaan.

"Apa yang kita lihat hari ini adalah usaha bersepadu diambil peserta yang lebih besar dalam sektor ini untuk menambah baik serta meningkatkan hak asasi manusia dan pematuhan sosial perniagaan mereka.

"Namun, kita belum lagi dengar perkara sama dilakukan oleh peserta bersaiz sederhana dan lebih kecil.

"Terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan langkah berkesan untuk menangani dan mengatasi amalan buruh paksa di Malaysia," katanya.

Arul berkata, Malaysia adalah peneraju global dalam pengeluaran minyak sawit dan sarung tangan, namun isu yang terpalit berhubung buruh paksa secara tidak langsung menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, pada Julai 2021, Jabatan Negara AS menurunkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) (2021) kepada Tahap 3 (daripada Tahap 2).

Katanya, TIP setebal 644 muka surat yang turut membabitkan Malaysia tertumpu kepada dua sektor berkenaan.

https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/lain-lain/2022/05/953346/malaysia-perlu-panduan-jelas-banteras-buruh-paksa
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:43 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.