Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: KPPK lancar kempen sangkal dakyah antiminyak sawit

29 Jul 2022 4 paparan



KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melancarkan kempen untuk menyangkal dakyah antiminyak kelapa sawit digerakkan Barat.

Pelancaran kempen berkenaan sempena Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini di Pusat Pameran dan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata kempen Pergerakan Global untuk Menjuarai Manfaat Minyak Sawit itu disasarkan kepada khalayak global, terutamanya kerajaan, agensi, pihak berkepentingan dan media dari Barat yang menggunakan naratif antiminyak sawit.

"Kempen ini akan dijayakan melalui media konvensional seperti media cetak, stesen televisyen serta media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, laman web kementerian serta portal 'Mothering'.

"KPPK yakin platform dalam talian boleh melengkapi media tradisional dari segi jangkauan, kelajuan dan jangkauan sasaran. KPPK yakin kempen ini dapat memperbetulkan salah tanggap dan fitnah tentang minyak sawit Malaysia.

"Sudah tiba masanya Malaysia menegakkan kebenaran mengenai komoditi utama negara. Sehubungan itu, saya menggesa rakyat atas semangat Keluarga Malaysia untuk bersama-sama berdiri teguh menyokong usaha ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kempen berkenaan adalah usaha KPPK bersama agensi dan majlis di bawahnya untuk memperbetulkan tanggapan berat sebelah dan maklumat palsu mengenai minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata, antara inisiatif melalui kempen itu adalah penerbitan dokumentari, 12 klip video penerangan pendek, buku kecil, poster dan keterlibatan media secara intensif.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/981418/kppk-lancar-kempen-sangkal-dakyah-antiminyak-sawit
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:42 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.