Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Kerajaan fokus kembangkan industri oleokimia

12 Ogs 2022 5 paparan


KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menumpukan usaha untuk mengembangkan industri oleokimia hiliran tempatan.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata tumpuan diberikan kepada pembinaan kilang oleokimia yang mengolah minyak sawit mentah kepada produk bukan makanan seperti kosmetik dan bahan pencuci.

"Minyak sawit ini ialah komoditi yang sangat (bersifat) serba boleh iaitu makanan dan bukan makanan, jadi bila kita mengamalkan penanaman sawit, dan pengurusan sawit ini adalah sifar sisa," kata beliau semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini, pada Khamis.

Beliau juga berkata, sehingga kini 65 kilang penapis sedia ada adalah cukup untuk mengolah minyak sawit mentah yang dihasilkan dalam negara.

"Ketika ini, penapisan ini kebanyakan (dijalankan) di bawah pengurusan estet yang besar seperti Sime Darby. Jadi, harga dan pengeluaran minyak masak sebenarnya masih tidak terjejas," kata beliau.

Zuraida berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengenai keperluan menambah kilang penapisan minyak masak milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau Bumiputera bagi mengimbangi harga minyak masak di pasaran.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/987321/kerajaan-fokus-kembangkan-industri-oleokimia
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.