Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Inventori minyak sawit tertinggi dalam 7 bulan

07 Jul 2022 5 paparan

 

PETALING JAYA: Inventori minyak sawit Malaysia pada akhir Jun berkemungkinan meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, apabila eksport menjunam berikutan pengeluar utama Indonesia kembali ke pasaran eksport.

Memetik laporan Reuters, stok sawit Malaysia pengeluar kedua terbesar di dunia, diramalkan meningkat 12.3 peratus dari bulan sebelumnya kepada 1.71 juta tan, menurut anggaran median peniaga dan penganalisis.

Menurut laporan itu, pengeluaran berkembang 8.3 peratus kepada 1.58 juta tan, paras tertinggi sejak Disember.

“Bekalan dijangka meningkat, tetapi peningkatan dalam pengeluaran nampaknya telah berkurangan di Semenanjung Malaysia, mungkin disebabkan kilang mengurangkan pembelian buah sawit,” kata Sathia Varqa, pengasas bersama Analytics Minyak Sawit yang berpangkalan di Singapura.

Beberapa pengilang dilaporkan menghentikan sementara pengeluaran pada minggu terakhir Jun disebabkan harga yang tidak menguntungkan selepas penurunan dramatik 22 peratus dalam kontrak penanda aras minyak sawit mentah.

Eksport yang menyaksikan peningkatan pada Mei disebabkan larangan di Indonesia, menjunam 9.9 peratus kepada 1.22 juta tan selepas pengeluar terbesar dunia itu menarik balik larangan berkenaan, sebaliknya mengenakan peraturan untuk meningkatkan penghantaran.

“Sejak pengharaman eksport ditarik balik, harga minyak sawit telah merosot dengan ketara tetapi eksport Indonesia tidak meningkat secara agresif seperti dijangkakan pada awalnya,” kata Ronny Lau, seorang peniaga dengan firma perdagangan komoditi Four Bung, berpangkalan di Singapura.

Indonesia telah menaikkan kuota eksport minyak sawitnya dan sedang mempertimbang untuk meningkatkan tahap mandatori biodiesel dalam campuran bahan api baik menaikkan harga untuk pekebun ketika inventori minyak sawit domestik tinggi.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia dijadualkan mengeluarkan data pada 12 Julai ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/inventori-minyak-sawit-tertinggi-dalam-7-bulan/
Sumber: Utusan

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:42 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.