Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

KOKO: Sabah komited perluas kawasan tanaman koko

21 Jun 2022 4 paparan



KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah komited untuk menyediakan lebih banyak kawasan penanaman koko bagi membolehkan Sabah terus kekal sebagai pengeluar utama biji koko negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pada masa ini, Sabah menyumbang 59 peratus atau 540 tan metrik daripada pengeluaran biji koko negara.

Justeru, sekiranya ada keperluan untuk pengusaha atau syarikat ingin mendapatkan tanah bagi memperluas tanaman koko di Sabah, usaha itu akan sentiasa disokong.

Pada masa ini, 57 peratus atau 3,444 hektar daripada keluasan tanaman koko negara adalah di Sabah.

Secara keseluruhan jumlah eksport koko termasuk produk-produk koko Sabah pada tahun lalu adalah sebanyak RM16.16 juta. Daripada jumlah itu, nilai eksport coklat pula adalah sebanyak RM7.72 juta atau 10.6 peratus.

“Sehingga hari ini Sabah masih menjadi penyumbang utama bagi industri koko di seluruh negara sama ada dari segi keluasan mahupun pengeluaran biji koko mentah.

“Sebanyak lima daerah menjadi kawasan penanaman koko yang aktif iaitu Ranau, Kota Marudu, Tenom, Kota Belud dan Tambunan”, katanya ketika merasmikan Pesta Koko Sabah 2022 hari ini.

Menurut beliau,seiring dengan pemulihan ekonomi negara, kegiatan hiliran koko dijangka akan terus berkembang dengan peningkatan nilai produk separa proses koko dan produk akhir koko.

Justeru katanya, usaha-usaha berterusan perlu dilakukan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai peneraju utama koko untuk memastikan perkembangan berterusan koko sebagai tanaman komoditi ketiga terbesar di negara ini.

Tambah beliau, pelbagai strategi telah dirangka bagi memastikan industri koko berupaya kekal sebagai satu aktiviti ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/sabah-komited-perluas-kawasan-tanaman-koko/
Sumber: Utusan

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:42 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.