Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

KOKO: Biji koko berkualiti tinggi Malaysia dipamer di Dubai

07 Feb 2022 0 paparan



KUALA LUMPUR: Lembaga Koko Malaysia (MCB) mempamerkan usahanya menghasilkan biji koko single-origin (berasal dari satu sumber) berperisa halus di Ekspo 2020 Dubai bagi memenuhi misi Malaysia menjadi antara pengeluar biji koko berkualiti tinggi dunia.

Ia juga berhasrat mengembangkan perdagangan koko dan coklat melalui perbincangan dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) semasa acara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCB berkata ia memberi tumpuan kepada mengekalkan kepentingan koko dan memperkenalkan ketepatan dan pengurusan koko pintar menerusi revolusi perindustrian keempat (IR4.0), untuk pembangunan industri koko Malaysia.

"Ketepatan dan pengurusan ladang koko yang pintar menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan produktiviti koko di samping mengurangkan kos input pertanian," katanya.

Untuk ini, MCB dan Agrocloud Sdn Bhd bekerjasama sebagai rakan kongsi strategik dalam pertanian koko teknologi pintar dan dokumen MoU dimeterai semasa pelancaran Minggu Pertanian Lestari (Agrikomoditi Makanan) di Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai pada 7 Februari 2022.

Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti penanaman koko Malaysia melalui Internet Pelbagai Benda (IoT) dan metodologi pertanian moden, termasuk mekanisasi, pertanian ketepatan dan pertanian automatik.

Penyertaan keseluruhan Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTCCC) sebagai agensi pelaksana.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/amp/bisnes/lain-lain/2022/02/921046/biji-koko-berkualiti-tinggi-malaysia-dipamer-di-dubai
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:31 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.