Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

KAYU KAYAN: Malaysia sedia penuhi permintaan kayu dari AS, UK

19 Mei 2022 3 paparan




KUALA LUMPUR: Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) bagi menangani isu kekurangan kayu dan produk berasaskannya di negara terbabit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata ini menerusi usaha mencari dan menambah nilai kepada produk kayu dari negara ketiga, terutama untuk produk yang disahkan di bawah Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan (PEFC).

Beliau berkata, sekatan ke atas produk kayu Russia memaksa pengimport Amerika untuk mencari sumber alternatif, terutama bagi papan lapis.

"Sentimen semasa pasaran terhadap kayu Malaysia di AS adalah positif, terutama bagi meranti dan keruing yang menyaksikan permintaan itu masing-masing meningkat sebanyak sembilan peratus dan 467 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida berkata, industri perkayuan Malaysia juga terus mencatat prestasi baik biarpun menghadapi pandemik kesan ekonomi buruk akibat COVID-19 dengan eksportnya meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada RM22.7 bilion pada 2021 daripada RM22.02 bilion pada tahun sebelumnya.

"Bagaimanapun, eksport produk kayu dari Malaysia kini agak perlahan kerana kekurangan balak daripada hutan semula jadi dan menyebabkan kilang papan sukar memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Pengeksport juga perlu berdepan kekangan seperti kesesakan di pelabuhan akibat kekurangan kontena, ruang dalam kapal dan isu logistik lain. Namun begitu, 'transshipment' (transit dagangan) telah dikenal pasti sebagai salah satu penyelesaian untuk jangka masa sederhana," katanya.

Beliau berkata, Persatuan Produk Kayu Antarabangsa (IWPA) yang berpangkalan di AS telah berkongsi hasrat untuk berbincang dengan ketua-ketua industri kayu-kayan Malaysia mengenai kaedah bagi menangani isu sektor itu.

"Oleh kerana ini akan membabitkan langkah-langkah untuk melindungi Malaysia daripada menjadi sasaran persatuan kayu-kayan domestik dan pihak berkuasa AS atas isu pengelakan perdagangan, satu rangka kerjasama juga sedang dirangka oleh pegawai AS dan pihak berkuasa Malaysia seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Kastam," katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, Malaysia berhasrat mendapatkan pendirian UK mengenai cadangan Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan Awam dan Keselamatan Makanan (ENVI) membabitkan konsensus mengenai definisi penebangan hutan dan kemerosotan hutan.

Malah, katanya, di sebalik gangguan pasaran yang ketara dalam pasaran produk kayu, jumlah import UK meningkat sebanyak 15 peratus pada 2021, kenaikan terbesar sejak 2008.

"Mulai 1 Januari lalu, terdapat perubahan dalam peraturan kastam UK sejajar dengan tindakan negara itu yang kini dalam proses keluar daripada rangka kerja Kastam Kesatuan Eropah dan Pasaran Tunggal.

"Walaupun Malaysia mendapat manfaat daripada peraturan kastam UK yang dikemas kini, kita berharap kerajaan UK akan turut memperkemaskan lagi prosedur dan pengendalian dokumen untuk (menangani) masalah logistik semasa," katanya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/05/956863/malaysia-sedia-penuhi-permintaan-kayu-dari-uk
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.