Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

GETAH : RISDA galak pekebun kecil hasilkan susu getah tingkat pendapatan

07 Feb 2024 2 paparan

PADANG TERAP, 6 Februari- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kedah membuka Depo Pengumpulan Lateks (DPL) di negeri itu sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai penoreh dan pekebun kecil getah menghasilkan susu getah atau lateks.

DPL Kampung Kubang Kenyeng bawah seliaan Pejabat RISDA Stesen Naka bersama RISDA Plantation SDN BHD merupakan yang ke-6 dibuka dan mula beroperasi secara rasmi semalam.

Lima DPL telah beroperasi sebelum ini adalah DPL Kampung Kayu Tiga Enterprise, Pendang; DPL Kampung Labu Besar, Kulim/Bandar Baharu; DPL Kampung Paya, Pokok Sena; DPL Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang; dan DPL Kampung Tas, Baling.

Pengarah RISDA Negeri Kedah Abdul Aziz Awang berkata, terdapat beberapa DPL akan dibuka dalam masa terdekat.

"Kami menyeru semua pekebun kecil yang berminat untuk menghasilkan lateks datang ke Pejabat Risda Stesen Naka atau Pejabat RISDA Daerah Padang Terap, untuk kami damping seterusnya memberi tunjuk ajar cara memghasilkan lateks sehingga berjaya," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian DPL Kampung Kubang Kenyeng di sini.

RISDA turut menyediakan pelbagai bantuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil antaranya Skim Insentif Lateks dan Insentif Harga Lateks bagi membantu pekebun kecil meningkatkan penghasilan susu getah.

Menerusi skim tersebut, RISDA akan memberi bantuan penyelenggaraan kebun, bantuan baja, racun dan penggalak susu serta tambahan hasil penjualan susu getah di DPL.

Setiap pekebun kecil juga layak menerima insentif Pengeluaran Getah Berkelompok (IPGB) sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh 12 bulan.

"Kita harap menerusi bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA ini dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil," katanya.

Penghasilan susu getah mampu melonjakkan pendapatan penoreh dan pekebun kecil sehingga 30 peratus berbanding getah skrap.

Ketika ini, harga semasa getah lateks sekitar RM7.55 sekilogram berbanding getah skrap, RM3.35 sekilogram.

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/risda-galak-pekebun-kecil-hasilkan-susu-getah-tingkat-pendapatan

Sumber : Berita RTM

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:42 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.