Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

GETAH: Negara pengeluar getah perlu sepakat kawal harga

17 Feb 2022 0 paparan



SEREMBAN: Negara pengeluar getah asli membabitkan Indonesia, Thailand dan Malaysia perlu mengambil langkah seiring bagi mengawal harga komoditi itu di pasaran antarabangsa sekali gus mengelak berlakunya lambakan pengeluaran.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Seri Mohd Salim Sharif, berkata kerjasama itu boleh dilakukan menerusi Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).

Menerusi usaha dan tindakan itu, katanya, harga getah asli di pasaran dapat dipertingkatkan sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

"Ada negara melakukan lambakan getah di pasaran sehingga harga komoditi berkenaan turun, sedangkan kos tenaga buruh kita berbanding mereka adalah berbeza dan taraf hidup di negara ini juga tentunya lebih tinggi.

"Oleh demikian, tiga negara ini perlu memikirkan langkah supaya pengeluaran getah dikawal secara bersama dan cara ini boleh mengelakkan lambakan yang akhirnya getah sintetik menguasai pasaran.

"Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, supaya berbincang untuk tentukan harga kebolehpasaran iaitu minimum RM3.50 sekilogram bagi membolehkan pendapatan seisi rumah yang mempunyai kebun seluas 1.9 hektar boleh mencapai pendapatan paling minimum RM3,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bantuan Persekolahan Happy To School Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng di Homestay Kampung Rawa Lenggeng dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah RISDA Negeri Sembilan, Muhamad Rizal Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Kampung Rawa, Zol Amali Hussin.

Mengulas lanjut Mohd Salim berkata, menjadi harapan kerajaan supaya pendapatan pekebun kecil getah dapat terus ditingkatkan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, faktor harga getah yang dikawal negara pengeluar utama boleh menjadi kekangan untuk merealisasikan hasrat itu.

"Kerosakan jalan kita boleh baiki, benih kita boleh keluarkan klon yang baik dan begitu juga dengan input pertanian lain, tapi soal harga ia dikawal negara terbabit.

"Seperti OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum) mengawal harga minyak dunia dan kita juga berharap negara pengeluar getah ini dapat mencapai persetujuan bersama dari segi harga getah ini.

"Walaupun Malaysia berkedudukan ke enam dunia dari segi pengeluaran getah asli, tapi kita mahu bantu rakyat menerusi komoditi ini yang menjadi asas ekonomi kepada penduduk luar bandar," katanya.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/02/923316/negara-pengeluar-getah-perlu-sepakat-kawal-harga
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:55 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.