Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

AGRIKOMODITI: KPPK yakin resolusi terbaik isu buruh paksa dapat dicapai

17 Mei 2022 5 paparan


PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) akan menjalankan perkara susulan dengan lebih dekat bersama pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi mencari penyelesaian segera isu buruh paksa.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata ketika lawatan kerjanya yang dijadualkan pada 11 hingga 16 Mei ini, beliau juga akan mengadakan beberapa mesyuarat penting dan yakin satu resolusi terbaik boleh dicapai dalam masa terdekat.

Katanya, penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah langkah wajar untuk menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

"Kebanyakan dakwaan buruh paksa yang dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan kepentingan lain tidak disahkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

"Namun tindakan ke atas produk Malaysia seperti minyak sawit dan produk minyak sawit sudah diambil dan ini adalah langkah yang kurang adil kepada industri komoditi negara kita.

"Kerajaan sudah mengambil pelbagai inisiatif bagi memantau dan mencegah buruh paksa dengan terus komited untuk hapuskan buruh paksa termasuk dalam kalangan kanak-kanak melalui ratifikasi Konvensyen Asas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 29 (Buruh Paksa) dan Konvensyen No.182 (Worst Forms of Child Labour).

"Di samping itu, Malaysia juga sudah meratifikasi Konvensyen No.98 (Perundingan Bersama), Konvensyen No.100 (Imbuhan Sama Rata) dan Konvensyen No.138 (Umur Minimum) dan Konvensyen no.131 (Gaji Minimum).

"Konvensyen yang dinyatakan itu akan menyediakan panduan dalam menentukan kewajipan Malaysia berkenaan dengan perlindungan hak pekerja asing. Pada masa ini, Malaysia juga sudah terbabit dalam Projek BRIDGE dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

"Ia bertujuan menyokong usaha dalam memerangi buruh paksa di bawah Protokol 29 (Protokol tambahan kepada Konvensyen 29) sebagai panduan mengenai langkah- langkah untuk menghapuskan semua bidang buruh paksa (pencegahan, perlindungan terhadap mangsa dan akses kepada keadilan)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) bersedia meneruskan kerjasama strategik dengan Malaysia dalam membanteras buruh paksa.

Beliau berkata, perkara itu dizahirkan oleh negara berkenaan ketika pertemuannya bersama Penolong Eksekutif Pesuruhjaya Perdagangan US CBP, AnnMarie Highsmith dalam lawatan kerja ke Washington.

Dalam pada itu, Zuraida berkata Malaysia juga sudah menjalankan kajian menyeluruh mengenai The Labour Situation in Palm Oil Plantation Sector in Malaysia pada tahun 2018.

"Dapatan kajian ini sudah dihantar ke Jabatan Buruh Amerika Syarikat (US DOL) dan diterbitkan sebagai dokumen awam. Pada 19 November lalu, kerajaan juga bersetuju untuk meratifikasi Protokol ILO 29 iaitu Protokol 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa, 1930, serta penyertaan Malaysia sebagai negara Pathfinder di bawah SDG Alliance 8.7 sebagai sebahagian usaha berterusan usaha kerajaan membasmi buruh paksa di Malaysia.

"Kerajaan melalui KPPK akan terus memastikan industri komoditi negara iaitu antara sektor penyumbang utama kepada pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19akan terus dilindungi daripada propaganda mengelirukan dari pelbagai pihak.

"Saya juga ingin menyeru supaya semua rakyat Malaysia bersama KPPK dalam usaha menentang kempen anti-sawit dan terus mempromosi kebaikan minyak sawit Malaysia yang penuh kebaikan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/955704/kppk-yakin-resolusi-terbaik-isu-buruh-paksa-dapat-dicapai
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.