UNIT INTEGRITI (UI)

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada :

Ketua Unit,
Unit Integriti
Kementerian Perladangan dan Komoditi

Emel : ui[@]kpk[.]gov[.]my 

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SP.1.2.1 memaklumkan bahawa Unit Integriti ditubuhkan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam di KPK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.
FUNGSI BAHAGIAN

Penubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam KPK. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

  • Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

  • Pengesanan dan Pengesahan
    i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
    ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

  • Pengurusan Aduan 
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

muat

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI UI KPK

 Dikemaskini pada 29 April 2026

KPI & PENCAPAIAN

Ruangan ini sedang dikemaskini

OACP KPK

Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)

OACP 2021 2026 RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPK
2021-2026
 MUAT TURUN
AKTIVITI 2026

AKTIVITI 2026

Nama Program: Bicara Integriti Siri 1/2026

Tajuk: "Ramadan Membentuk Insan Berintegriti" Penceramah: SF Ustaz Haji Mohd Mohd Lukmanul Hakim Hj Mokhtar Penolong Pengarah Kanan JAKIM   Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Keruing, Aras 9, KPK Peserta : 54 orang ( 43 orang warga KPK dan 11 orang warga agensi MTIB)   Slide1 Slide3 Slide5    
 
Nama Program: Bicara Integriti Siri 2/2026   Tajuk: "Bersuaralah Demi Kebenaran: Hak Anda Dilindungi" Penceramah: Encik Ikhwan Zaudii bin Nordin, Pegawai Siasatan, Unit Integriti, KPK Tarikh: 16 April 2026 (Khamis) Masa: 9.30 pagi – 11.30 tengah hari Medium: Secara Dalam Talian (Google Meet) Peserta : 87 orang (warga KPK)     Gambar 1 Bicara Integriti Siri 2 2026   Gambar 2 Bicara Integriti Siri 2 2026  Gambar 3 Bicara Integriti Siri 2 2026  
Dikemaskini pada 4 Mei 2026
   
POLISI / GARIS PANDUAN / SOP
#   NAMA DOWNLOAD
1. TATACARA PENGURUSAN ADUAN TATACARA PENGURUSAN ADUAN  Muat Turun
2. TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P  Muat Turun
3. TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PENGUKUHAN INTEGRITI  Muat Turun
4. TATACARA PELAKSANAAN TADBIR URUS TATACARA PELAKSANAAN TADBIR URUS  Muat Turun
5. TAMBAH BAIK- TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PEMATUHAN TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PEMATUHAN  Muat Turun
6. TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI TATATERTIB TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI TATATERTIB  Muat Turun
Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:39 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.