BAHAGIAN PENGGALAKAN INOVASI DAN MODAL INSAN INDUSTRI (PIMI)

LATAR BELAKANG

 LATAR BELAKANG

  • Bahagian PIMI berperanan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif bagi menjana inovasi di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan modal insan sektor huluan dan hiliran agrikomoditi agar lebih berdaya saing dan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  • Bagi mencapai hasrat meningkatkan daya saing industri dalam sektor agrikomoditi, Bahagian PIMI berperanan:

             (i)  menyelaras pelaksanaan program berkaitan R&D&C&I dalam sektor agrikomoditi; dan

             (ii)  menyelaras aktiviti berkaitan keperluan dan latihan modal insan di sektor agrikomoditi.
FUNGSI BAHAGIAN

 FUNGSI BAHAGIAN

  • Melaksana strategi, menilai serta memantau pelaksanaan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam sektor agrikomoditi. Ini selaras dengan matlamat KPK ke arah penghasilan teknologi dan produk yang inovatif dan bernilai tambah agar sektor ini terus maju dan berdaya saing; dan
  • Melaksana strategi, menyelaras serta memantau pelaksanaan program modal insan dalam sektor agrikomoditi supaya dapat membangunkan dan meningkatkan keupayaan modal insan sektor ini.
CARTA ORGANISASI

 CARTA_726.jpeg

AKTIVITI 2023 & 2024

TAHUN 2023

  • 10 - 12 Jun 2023 I Perak/Pulau Pinang/Kedah/Perlis : Trek Komoditi Zon Utara
  • 19 Jun 2023 I Sarawak : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 1)
  • 5 - 6 Ogos 2023 I Negeri Sembilan dan Selangor : Trek Komoditi Zon Tengah
  • 28 Ogos 2023 I Pahang : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 2)
  • 6 November 2023 I Sabah : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 3)
  • 25 - 26 November 2023 I Sarawak : Trek Komoditi Zon Sarawak
  • 11 Disember 2023 I Johor : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 4)

TAHUN 2024

  • 6 Februari 2024 I Sarawak : Lawatan Verifikasi ke Ladang Sawit Sarawak Plantation Berhad (SPB)
  • 7 Mac 2024 I Putrajaya : Bengkel Pembangunan Modul Post-Arrival Orientation (PAO) bagi Sektor Perladangan 
  • 23 - 26 Mei 2024 I Johor : Reruai Pameran KPK sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan 
  • 15 Julai  2024 I Kuala Terengganu : Program "Know Your Right, Do It Right"
  • 22 Julai 2024 I Putrajaya : Taklimat Permohonan Khas Kuota Pengambilan Pekerja Asing di Sektor Perladangan
AKTIVITI 2025

 WhatsApp_Image_2025-12-24_at_12.23.52_PM.jpeg

AKTIVITI 2026
  • April 2026 - Program Agrikomoditi SEHATI (Seminar Hak Pekerja & Tanggungjawab Industri)  Siri 1/2026 (Sabah)
  • Jun 2026 - Program Train of Trainers (TOT) bagi Modul Post Arrival Orientation (PAO) kepada Pekerja Asing Sektor Perladangan
  • Ogos 2026 - Program Agrikomoditi SEHATI (Seminar Hak Pekerja & Tanggungjawab Industri) Siri 2/2026 (Johor) 
Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.