AGRIKOMODITI : Penjawat awam mesti budayakan bersih, cekap, amanah

PETALING JAYA: Kerajaan memerlukan perkhidmatan awam yang profesional, jujur, amanah dan cekap dalam membantu membuat serta melaksanakan dasar-dasarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan pimpinan beliau juga memerlukan perubahan demi mengembalikan semula kegemilangan ekonomi, kestabilan dan disiplin mantap yang pernah dicapai negara, suatu ketika dahulu."Saya menggesa semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang masih berkhidmat membudayakan nilai-nilai murni bersih, cekap dan amanah.

"Kerajaan juga memerlukan anggota perkhidmatan awam yang dapat menukar pendekatan pengurusan, agar selaras dengan budaya yang hendak diamalkan oleh kerajaan semasa iaitu akauntabiliti, ketelusan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti," katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam PTD di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar turut meminta penjawat awam menukar hala tuju dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta meninggalkan cara lama, berpandukan amalan menurut perintah tanpa melihat kepada peraturan sepatutnya.

"Pada asasnya, ini selaras dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang. Dalam konteks yang sama, saya sedar betapa pentingnya persefahaman dan kerjasama yang baik di antara anggota perkhidmatan awam dan anggota pentadbiran diwujudkan," katanya.

Beliau berkata, proses perubahan dimaksudkan memerlukan pengukuhan institusi sedia ada seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang mesti menjalankan program latihan dan kajian bagi memudahkan perjalanan proses diperlukan.

Majlis Makan Malam PTD: 100 Tahun Menabur Bakti diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan Malayan Civil Service yang kini dikenali sebagai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Shafiq Abdullah dan Presiden Persatuan Alumni PTD, Tan Sri Abdul Halim Ali. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1038273/penjawat-awam-mesti-budayakan-bersih-cekap-amanah
Sumber: Berita Harian

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.