Siaran Media

Arkib Berita

SIARAN MEDIA : 3 SEPTEMBER 2022

03 Sep 2022 9 paparan

JATA LATES

SIARAN MEDIA
KPPK KOMITED TERUS BANTU PEKEBUN KOKO SABAH MELALUI PROGRAM
TANAMAN BAHARU (TB)


1. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin pada hari ini telah menyempurnakan Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 dengan mengadakan lawatan kerja ke Kelompok Tani Koko di Kampung Lokub, Kiulu, Tamparuli, Sabah.


2. Di Kiulu, bilangan pekebun koko sedia ada adalah seramai 40 orang dengan jumlah keluasan tanah sebanyak 30 hektar. Kebanyakan pekebun adalah merupakan peserta Program Tanaman Baharu (TB) Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan pengeluaran tertinggi adalah sebanyak 2,300 kilogram pada tahun 2019. Pengeluaran biji koko kering pada tahun 2020 dan 2021 semasa tempoh pandemik COVID-19 adalah sekitar 1,000 kg setahun. Adalah dijangkakan pada tahun 2022, pengeluaran mereka akan terus meningkat. Setakat Januari hingga Jun tahun ini, pengeluaran biji koko dari kelompok ini telah mencecah 1,000kg.


3. Seramai 14 peserta baharu dari Kiulu telah menyertai Program TB 2022 dengan setiap seorang mengusahakan satu (1) hektar kawasan tanaman baharu koko. Dengan menyertai program ini, peserta diberikan khidmat pembersihan kawasan, 1,000 anak pokok koko dan pokok pelindung iaitu pokok pisang serta input baja. Satu mini pengering biji koko berkapasiti 500 kilogram juga telah dibina di Kampung Lokub yang kini beroperasi dalam fasa percubaan. Mesin ini dapat memproses biji koko kering secara optimum dengan membantu menghasilkan biji koko kering berkualiti.

4. Kementerian yakin dengan kerjasama berterusan antara Lembaga Koko Malaysia dan pemain industri koko di Sabah akan dapat meningkatkan lagi daya saing industri ini dalam mendepani keperluan dan permintaan pasaran tempatan memandangkan sektor ini mempunyai potensi untuk dikembangkan.


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
03 SEPTEMBER 2022

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:40 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.