Siaran Media

Arkib Berita

SIARAN MEDIA : 23 SEPTEMBER 2022

23 Sep 2022 7 paparan

JATA LATES

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KOMITED PERTINGKAT KESEDARAN DAN
SOKONGAN AWAM TERHADAP INDUSTRI KOKO NEGARA


1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin pada hari ini telah menyempurnakan program Lawatan Kerja ke Muzium Coklat (Choclate Museum) milik DR Group Holdings Sdn. Bhd. (DR Group) yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


2. Muzium tersebut dilengkapi dengan kemudahan yang terkini. Chocolate Labs, menyediakan peluang kepada pengunjung dan orang awam merasai pengalaman untuk membuat coklat. Projek ini turut memanfaatkan kerjasama DR Group dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) dalam menjalankan kursus satelit asas pembangunan usahawan coklat buatan tangan terutamanya untuk warga negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.


3. DR Group bersama LKM akan melaksanakan tiga (3) projek strategik usahasama dalam masa terdekat untuk memacu pembangunan industri koko dan coklat di Malaysia. Melalui perjanjian persefahaman antara kedua-dua belah pihak yang telah dimeterai pada 22 Jun 2022, DR Group dan LKM telah bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa perkara termasuk pembuatan blok coklat dengan mengoptimakan penggunaan mesin milik LKM untuk menyokong Koperasi Kluster Koko di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerjasama ini dapat menyediakan bekalan blok coklat yang berdaya maju untuk menyokong usahawan-usahawan coklat bimbingan LKM di masa hadapan.

4. Muzium coklat yang berkonsepkan 3E iaitu ‘Pendidikan’ (Education), Pengalaman’ (Experience) dan ‘Keseronokan Membeli Belah’ (Enjoyable Shopping) menyediakan paparan menarik yang bersifat interaktif dan menyeronokkan untuk memberi pengalaman pembelajaran terbaik untuk semua peringkat umur tentang koko dan coklat. Kini, Muzium Coklat menerima lebih dari 2 juta pengunjung atau pelawat sejak pembukaan muzium semenjak tahun 2013.


5. Kementerian menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh LKM bersama DR Group dalam melaksanakan projek strategik bagi pembangunan industri koko. Industri koko mempunyai potensi untuk berkembang dan menjana pendapatan ekonomi negara. Kementerian juga sentiasa komited untuk membantu dan melahirkan usahawan-usahawan industri koko melalui kerjasama seumpama ini, menerusi Program Pembangunan Usahawan Coklat dan Program Promosi Koko dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
23 September 2022

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:40 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.