Siaran Media

Arkib Berita

SIARAN MEDIA: 21 MAC 2022

21 Mac 2022 3 paparan

JATA LATES

KENYATAAN MEDIA
ANUGERAH PENANAM KENAF JAYA KEBANGSAAN IKTIRAF
PEKEBUN KECIL BERKOMITMEN TINGGI DALAM
MEMPERTINGKATKAN HASIL DAN KUALITI PENGELUARAN
_______________________________________________________

1. YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Penanam Kenaf Jaya Kebangsaan pada hari ini. Majlis ini telah dihadiri oleh 200 orang yang terdiri daripada pekebun kecil dan pengusaha tanaman kenaf dari seluruh negara. Program Anugerah Penanam Kenaf Jaya ini telah dimulakan pada tahun 2014 dan diteruskan sehingga kini.


2. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada penanam kenaf yang memberikan komitmen tinggi serta sebagai galakan kepada penanam untuk mempertingkatkan lagi hasil dan kualiti secara berterusan pada masa hadapan.


3. Anugerah Penanam Kenaf Jaya Kebangsaan mempunyai tiga kategori iaitu:


a. Penanam Kenaf Jaya Bagi Pengeluaran Batang Kenaf,
b. Pengeluaran Fiber Premium; dan
c. Pengeluaran Biji Benih.
Seramai sembilan orang telah menerima anugerah dalam pelbagai kategori.


4. Kenaf mempunyai pasaran meluas dan mempunyai permintaan tinggi. Penghasilan tuaian batang kenaf merekodkan jumlah yang memberansangkan dengan hasil sebanyak 6,450.10 tan
melibatkan 934 orang penanam di seluruh Malaysia pada tahun 2020.


5. Selain itu, penghasilan biji benih berkualiti telah dihasilkan sebanyak 54.72 tan melibatkan 127 orang penanam kenaf bagi tahun 2020.


6. Tahun 2021 Malaysia masih berada dalam fasa pandemik dan industri kenaf turut terkesan. Namum hasil jualan domestik masih mampu mencapai nilai jualan sebanyak RM4.229 juta dan nilai eksport natural fiber ialah RM2.464 juta.


7. Kementerian melalui LKTN akan terus melaksanakan langkahlangkah yang perlu bagi terus meneraju dan mempelopori sektor kenaf ini agar terus dapat menyumbang dalam membangunkan industri komoditi negara 

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
21 MAC 2022

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:40 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.