Siaran Media

Siaran Media

SIARAN MEDIA : 19 SEPTEMBER 2023

19 Sep 2023 8 paparan

SIARAN MEDIA

PERASMIAN HARI TEKNOLOGI LGM 2023

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, pada hari ini telah merasmikan Hari Teknologi Lembaga

Getah Malaysia (LGM) 2023, bertempat di Akademi Hevea Malaysia, Sg. Buloh Selangor. 

Hari Teknologi LGM 2023 dianjurkan khusus untuk mengetengah dan mempromosi teknologi dan inovasi yang dihasilkan oleh LGM. Program ini dihadiri oleh semua pemegang taruh industri getah seperti pekebun kecil, pelesen dan wakil pemain industri getah. Pada majlis ini, YAB Menteri telah melancarkan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) Digital dan RRIMHydrobestTM. 

Selaras dengan aspirasi Kerajaan mendigitalkan perkhidmatan awam, LGM telah membangunkan aplikasi PAT-G digital (e-Kad) bagi menggantikan PAT-G fizikal yang memanfaatkan lebih 262,000 pekebun kecil getah. 

RRIMHydrobestTM merupakan teknologi cecair bagi menggalakkan pengeluaran lateks. RRIMHydrobestTM telah diuji ke atas klon-klon yang telah disyorkan oleh LGM dan mempunyai kelebihan meningkatkan produktiviti pokok antara 30% sehingga 50% dan memberikan ketebalan kulit pulihan yang lebih baik.

Pada majlis berkenaan juga, YAB Menteri turut menyaksikan sesi pertukaran dua perjanjian iaitu Memorandum of Agreement (MoA) antara LGM dengan Jupiter Solution, Natrab MFBI Enterprise dan Majlis Getah Malaysia (MRC) untuk mengkomersialkan inovasi berasaskan getah asli, dan Perjanjian Kerjasama Pengkomersialan antara LGM dengan Majlis Getah Malaysia bagi mempromosi dan mengkomersialkan inovasi LGM di dalam dan luar negara. 

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan LGM sentiasa komited dalam memastikan industri getah dipelihara, mampan dan lestari melalui penelitian terhadap inisiatif dan projek yang berpotensi untuk memberikan impak yang tinggi kepada semua golongan sasar dalam industri getah.

KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 19 SEPTEMBER 2023

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:41 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.