Siaran Media

Arkib Berita

SIARAN MEDIA: 19 MEI 2020

19 Mei 2020 3 paparan

KENYATAAN MEDIA

KUNJUNGAN HORMAT OLEH SEKRETARIAT COUNCIL OF PALM OIL PRODUCING COUNTRIES (CPOPC) KE ATAS

YB MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

  1. Pada 19 Mei 2020, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah menerima kunjungan hormat oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Yusof Basiron, Pengarah Eksekutif, Council Of Palm Oil Producing Countries (CPOPC).
  1. CPOPC yang merupakan organisasi pengeluar sawit telah ditubuhkan bersama oleh Malaysia dan Indonesia pada tahun 2015 bagi memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan industri sawit. Sebagai negara pengeluar terbesar dan kedua terbesar di dunia, Indonesia dan Malaysia berusaha untuk mencari kesepakatan dalam membangunkan industri sawit dan menjaga kepentingan industri berkenaan kepada kedua-dua negara.  Dalam tempoh terdekat, Columbia dan Ghana dijangka akan menyertai CPOPC secara rasmi. Beberapa negara lagi telah menunjukkan minat untuk menganggotai CPOPC yang kini dipengerusikan oleh Malaysia sehingga 31 Disember 2020.
  1. Semasa sesi kunjungan hormat, pelbagai isu berkaitan dengan industri sawit telah dibincangkan yang antara lain seperti:
  • usaha mempertingkatkan kerjasama Malaysia dengan CPOPC;
  • komitmen dan tindakan Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan kempen anti-minyak sawit bagi menjaga kepentingan industri sawit; dan
  • cadangan mengatasi isu berkaitan harga minyak sawit mentah rendah yang memberi kesan kepada pihak berkepentingan terutama pekebun-pekebun kecil dan pihak industri.
  1. KPPK turut menzahirkan penghargaan kepada Sekretariat CPOPC dan berharap ia akan menjadi jambatan kepada hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

19 MEI 2020

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:34 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.