Siaran Media

Arkib Berita

SIARAN MEDIA: 17 OKTOBER 2021

17 Okt 2021 3 paparan

Jata

KENYATAAN MEDIA
KERAJAAN SEDIA PELBAGAI PROGRAM MAJUKAN SEKTOR
GETAH DI PERINGKAT HULUAN


1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini menyantuni 150 pekebun kecil di Kampung Charok Kelian, Baling, Kedah pada sesi dialog sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Kedah dan Perlis bermula semalam.


2. Kedah adalah antara negeri penanaman getah terbesar di Malaysia berkeluasan 93,000 hektar yang diusahakan oleh 68,370 pekebun kecil. Di Baling sahaja, keluasan tanaman getah adalah lebih 16,716 hektar dengan bilangan pekebun kecil seramai 12,694 orang.


3. Pada majlis itu, mereka turut dimaklumkan mengenai projek terkini Kerajaan dan kemajuan penyelidikan serta teknologi dalam bidang getah yang boleh dimanfaatkan, selain berbincang mengenai isu-isu semasa dalam industri getah dan penyampaian bantuan kepada peserta. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Ravi Muthayah; Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, YB Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor dan Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

4. Antara projek yang dikongsikan bersama para pekebun kecil adalah Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah (TARGET) yang merupakan projek pembangunan Pusat Pemprosesan Getah Krip Berkelompok di seluruh negara dan bakal diperkenalkan kepada industri huluan getah. Projek ini secara keseluruhannya akan dapat menjayakan transformasi sektor pekebun kecil dengan merealisasikan rantaian nilai bersepadu bekalan getah berskala komersial dengan pendekatan pemprosesan berkelompok dan perkongsian keuntungan secara bersama pada peringkat pekebun kecil, koperasi dan juga usahawan.


5. Selain meningkatkan kualiti getah yang dihasilkan, projek ini akan dapat meningkatkan pendapatan golongan itu dan seterusnya menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk getah negara. Para pekebun kecil juga digalakkan memperbaharui kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang merupakan kad pendaftaran pekebun kecil selewatnya sebelum 31 Disember 2021. Melalui kad ini, pekebun kecil yang berkelayakan dapat menerima bantuan dan insentif yang diberikan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG).


6. KPPK berharap para pekebun kecil getah di Kedah dapat meningkatkatkan kualiti dan pendapatan mereka dengan terlibat serta menyokong programprogram yang dilaksanakan Kerajaan melalui LGM.


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Baling, Kedah
17 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:34 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.