Aktiviti

𝐊𝐏𝐊 π”π“π€πŒπ€πŠπ€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπ€π˜π€ π’π€πˆππ† π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ

29 Okt 2026 35 paparan
𝐊𝐏𝐊 π”π“π€πŒπ€πŠπ€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π ππ„πŠπ„ππ”π πŠπ„π‚πˆπ‹ 𝐃𝐀𝐍 πƒπ€π˜π€ π’π€πˆππ† π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ

29 Oktober 2026 | Parlimen
Kesejahteraan pekebun kecil dan peningkatan daya saing industri agrikomoditi terus menjadi keutamaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi pelaksanaan inisiatif strategik di bawah Belanjawan 2027.
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, menegaskan komitmen tersebut ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Daripada RM818.03 juta peruntukan KPK, sebanyak RM470 juta disediakan bagi lima inisiatif utama sektor agrikomoditi, termasuk RM100 juta bagi Skim Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dan RM200 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (PTSS).
Tumpuan turut diberikan kepada peningkatan produktiviti, mekanisasi dan automasi, pembangunan tenaga kerja berkemahiran serta penerokaan teknologi baharu bagi meningkatkan daya saing industri.
KPK komited memastikan pelaksanaan inisiatif ini terus menyokong pertumbuhan sektor agrikomoditi negara dan meningkatkan kesejahteraan pekebun kecil.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

Β· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 5:35 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.