NEW DELHI (Aug 14): India bought 387,817 tonnes of palm oil from Malaysia in July as the country's edible oil imports improved.
Its monthly import volumes grew to 1.51 million tonnes in July from 1.16 million tonnes in June, according data released on Friday by the Solvent Extractors' Association of India.
India's July palm oil imports were 824,078 tonnes, growing 46.4 percent from the previous month, while palm oil's share in edible oil imports was 54 percent.
The imports from Malaysia were made up of 385,317 tonnes of crude palm oil (CPO) and 2,500 tonnes of crude palm kernel oil (CPKO).
India imported no RBD palmolein last month.


Palm oil demand in the country has suffered due to the COVID-19 pandemic hitting commercial activity, while household consumption of sunflower and soybean oils increased.
The revival in business activity is helping palm oil consumption.
India imports palm oil from Indonesia and Malaysia, while key soft oil suppliers are Brazil, Argentina and Ukraine.

NEW DELHI, 14 Ogos -- India mengimport 387,817 tan minyak sawit dari Malaysia pada Julai sekali gus import minyak makan turut meningkat.
Jumlah import bulanan juga menokok kepada 1.51 juta tan pada Julai daripada 1.16 juta tan pada Jun, menurut data yang dikeluarkan Persatuan Pengekstrak Pelarut India hari ini.
Import minyak sawit oleh India pada Julai adalah sebanyak 824,078 tan, melonjak 46.4 peratus daripada angka yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, manakala bahagian minyak sawit daripada keseluruhan minyak makan adalah 54 peratus.
Import dari Malaysia merangkumi 385,317 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 2,500 tan pula ialah minyak isirung sawit mentah (CPKO).
Negara ini tidak mengimport olein sawit bertapis, diluntur dan nyahbau pada bulan lepas.
Permintaan terhadap minyak sawit di negara ini merosot berikutan pandemik COVID-19 telah menjejaskan aktiviti komersial manakala penggunaan minyak bunga matahari dan kacang soya dalam kalangan isi rumah pula meningkat.
Penyambungan kembali aktiviti perniagaan telah mendorong peningkatan penggunaan minyak sawit.
India mengimport minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia, manakala pembekal utama minyak sebatian ialah Brazil, Argentina dan Ukraine.
-- BERNAMA

https://www.theedgemarkets.com/article/india-imported-387817-tonnes-palm-oil-malaysia-july
Source: theedgemarkets.com